Wednesday, May 14, 2008

SK POS TENAU


Selamat Datang

Laman ini akan memaparkan sebuah alam pendidikan yang berada jauh di pendalaman Perak Darul Rizuan.
Sejarah
Sekolah ini ditubuhkan oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli pada tahun 1997. Terdapat bangunan lama yang terdiri dari sebuah bangunan bilik darjah dan sebuah kantin. Bangunan lama ini merupakan bangunan kayu. Bangunan baru hanya siap dan mula digunakan pada tahun 2004 merupakan bangunan yang dibina sepenuhnya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Bangunan baru ini terdiri daripada 4 buah bangunan bilik darjah dan sebuah kantin.


Lokasi Geografi
Terletak di kawasan Pedalaman Ulu Slim. Jarak dari Ulu Slim 28km, dari Slim River 50km. Jalan perhubungan dari tempat ini ke Ulu Slim adalah jalan balak yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan 4x4 dan motorsikal. Kesukaran perjalanan lebih dirasai pada waktu musim hujan, dimana keadaan jalan berlumpur serta licin. Terdapat empat perkampungan Orang Asli di sekitar sekolah, iaitu Kampung Pangkak, Kampung Tenau , Kampung Kehem dan Kampung Sempuh. Penduduk di kawasan ini berjumlah kira-kira 50 keluarga dan bekerja sebagai petani dan pencari hasil hutan. Pendapatan penduduk di sini adalah amat rendah. Purata pendapatan mereka kurang dari RM 500 sebulan. Penduduk di perkampongan ini terdiri dari kaum Semai.

Misi dan Visi
VISI

“100% CELIK 3M MENJELANG TAHUN 2010”

MISI

MENJADIKAN SK POS TENAU SEBUAH SEKOLAH YANG
MELAHIRKAN MURID-MURID YANG BERILMU
DAN BERDAYA SAING SERTA BERAKHLAK MULIA


STAF-STAF SK POS TENAU